Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh...
Selamat berkunjung ke blog baru 'ana' (saya). Semoga kunjungan kalian membawa jutaan keberkatan dan kerahmatan kepada ana dan blog ini. Blog ana ini dinamakan Al-Muhammadiy kerana dinisbahkan kepada moyang ana, Tokki Muhammad (ayah kepada datuk ana, Tokki Salleh). Moyang ana telah membuka sebuah madrasah(surau) di Bandar Marang, Terengganu. Sesiapa yang pernah ke Pulau Kapas melalui jeti Bandar Marang sudah pasti akan melihat sebuah surau berdekatan jeti tersebut. Itulah surau moyang ana, Muhammad bin Ahmad. Surau itu dinamakan Surau Nordin Al-Muhammadiy. Nordin ialah nama seorang alim yang menjadi imam dan mengajar agama di surau itu. Namanya digabungkan dengan nama moyang ana. Semoga barakah dan rahmat sentiasa mengalir hingga kepada cucu-cicit beliau...al-fatihah.