Alhamdulillah, di bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan dan barakah ini, dapat juga memperbetulkan diri yang dhaif ini dengan memberikan sedikit tazkirah di beberapa masjid, syarikat dan jabatan kementerian. Sepertimana kata ulama : "Aslih nafsak wad'uu ghairak" yang bermaksud 'perbetulkanlah dirimu dan serulah orang lain'. Semoga Allah memberikan hidayah dan taufik kepada kita untuk berubah menjadi insan yang benar-benar sebagai hambaNya.