tagline musafir

Sepuluh sen dibelanjakan untuk kebaikan lebih baik daripada sejuta ringgit tetapi untuk kejahatan

Wednesday, September 17, 2014

Alhamdulillah, sudah lama saya tidak meng'update' blog saya ini memandangkan tiada apa yang istimewa untuk saya kongsi bersama saudara semua.

kecuali hari ini, alhamdulillah Allah masih panjangkan umur saya, segala macam masalah dan musibah menimpa, bermula dari telefon rosak yang mana tiba-tiba padam sendiri. biarlah telefon padam daripada saya yang 'padam' ketika diri tidak bersedia ini..

Petang tadi saya hampir-hampir kemalangan akibat tersalah jangka kadar waktu membrek motosikal bigbike saya sehingga saya terpaksa masuk secara merbahaya di lampu isyarat. ahhh sungguh mengerikan, tetapi Allah masih bagi saya masa untuk muhasabah dengan menyelamatkan saya.

Bilamana berhenti untuk menelefon seseorang tiba2 seekor lebah datang menyengat tangan saya sehingga sekarang ini masih bengkak. Sempat saya membuang sengatnya yang melekat di tapak tgn dekat jari, tetapi mula rasa kesakitan pada jari akibat bengkak.
ya Allah ampunkan dosa hambamu.

amin.

Thursday, May 9, 2013

Kursus Bahasa Al-Quran (bahasa Arab) untuk para pensyarah

Alhamdulillah, pada hari ini akan mengendalikan satu kursus asas bahasa Arab untuk para pensyarah di IPG-KPI. Pengisian yang saya berikan cukup mudah dengan menggunakan kaedah permainan bahasa.

Ada permainan menguji kekuatan ingatan, kepantasan minda dan kemahiran melihat dan membaca.

Bahasa yang digunakan amat mudah. Saya menggunakan istilah-istilah benda seperti binatang dan tempat yang dekat dan biasa dengan peserta kursus seperti cicak, ayam dll.

Kursus adalah kursus tahunan kepada setiap pensyarah yang berminat menambahkan ilmu dan kemahiran berbahasa.

Kata Saidina Umar r.a : "Pelajarilah Bahasa Arab kerana ia sebahagian daripada tuntutan agama".

Tuesday, April 16, 2013

Belajar menggunakan Papan Putih Interaktif

Subhanallah! Begitu menarik sekali kursus multimedia dalam penggunaan 'interactive whiteboard' bertempat di IPG Kampus Pendidikan Islam,  Bangi. Walaupun alatnya yang terdiri daripada projektor khas, papan putih dll berharga RM16, 000 namun faedah penggunaannya amat berbaloi. Sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan malah menjimatkan masa para pensyarah.

Rasa nak beli pula dan letak di rumah. Terbaik!

Wednesday, March 20, 2013

التدريبات في مهارة الكتابة.

انظر !لي الصورة جيدا ثم تحدث عنها فيما لا يقل عن 200 كلمة.