tagline musafir

Sepuluh sen dibelanjakan untuk kebaikan lebih baik daripada sejuta ringgit tetapi untuk kejahatan

Thursday, May 9, 2013

Kursus Bahasa Al-Quran (bahasa Arab) untuk para pensyarah

Alhamdulillah, pada hari ini akan mengendalikan satu kursus asas bahasa Arab untuk para pensyarah di IPG-KPI. Pengisian yang saya berikan cukup mudah dengan menggunakan kaedah permainan bahasa.

Ada permainan menguji kekuatan ingatan, kepantasan minda dan kemahiran melihat dan membaca.

Bahasa yang digunakan amat mudah. Saya menggunakan istilah-istilah benda seperti binatang dan tempat yang dekat dan biasa dengan peserta kursus seperti cicak, ayam dll.

Kursus adalah kursus tahunan kepada setiap pensyarah yang berminat menambahkan ilmu dan kemahiran berbahasa.

Kata Saidina Umar r.a : "Pelajarilah Bahasa Arab kerana ia sebahagian daripada tuntutan agama".

Tuesday, April 16, 2013

Belajar menggunakan Papan Putih Interaktif

Subhanallah! Begitu menarik sekali kursus multimedia dalam penggunaan 'interactive whiteboard' bertempat di IPG Kampus Pendidikan Islam,  Bangi. Walaupun alatnya yang terdiri daripada projektor khas, papan putih dll berharga RM16, 000 namun faedah penggunaannya amat berbaloi. Sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan malah menjimatkan masa para pensyarah.

Rasa nak beli pula dan letak di rumah. Terbaik!

Wednesday, March 20, 2013

التدريبات في مهارة الكتابة.

انظر !لي الصورة جيدا ثم تحدث عنها فيما لا يقل عن 200 كلمة.

Thursday, March 14, 2013

الواجبات للفصل

من خﻻل دراستك   للمهارات اللغوية ، بين عن  مهارتي الاستماع و الكﻻم على شكل خريطة الذهن.
Melalui pembelajaran anda tentang  kemahiran Berbahasa Arab, jelaskan kemahiran mendengar dan membaca dalam bentuk peta minda.

مع التوفيق و شكرا جزيﻻ

Tuesday, March 12, 2013

Makanan arab memang sedap!

Alhamdulillah Allah masih lagi memberikan rasa dan nikmat untuk makan. Malah Allah masih lagi memberikan rezeki makanan yang tentunya diharapkan oleh sebilangan ramai manusia yang kebuluran terutama muslimin di Syria, Mali, Afghanistan dll. Semalam dapat menikmati makanan arab Syria. Ini ialah 'uqdah laham' dan roti arab. 'Uqdah ialah masakan kambing atau ayam sos special dan sedikit kentang. Ada rasa origano. Memang sedap. Satu set RM12. Taklah mahal sebab orang belanja, haha.

Usrah santai membina ukhuwwah!

Alhamdulillah. Berusrah bukan hanya menatap teks pada tangan atau lipatan buku ilmiah dikelek ke sana ke mari. Usrah sudah berinovasi tidak lagi menjadi sesuatu yang cuba dielakkan tetapi berubah menjadi hobi santai bersama teman-teman seperjuangan. 

Monday, March 11, 2013

Buku buku buku!!!

Alhamdulillah. Akhirnya berjaya juga menyediakan satu sudut membaca walaupun kecil tetapi dapatlah pahala jika tetamu datang ke rumah dan membaca buku-buku itu. Almari itu tidaklah mahal. Dengan kayu yang solid dan sudah tentunya putih (saya suka gabung putih dan coklat) hanya berharga RM120 seunit adalah berbaloi dan selain itu menceriakan satu sudut rumah. Anda bagaimana?