Alhamdulillah, pada hari ini akan mengendalikan satu kursus asas bahasa Arab untuk para pensyarah di IPG-KPI. Pengisian yang saya berikan cukup mudah dengan menggunakan kaedah permainan bahasa.
Ada permainan menguji kekuatan ingatan, kepantasan minda dan kemahiran melihat dan membaca.
Bahasa yang digunakan amat mudah. Saya menggunakan istilah-istilah benda seperti binatang dan tempat yang dekat dan biasa dengan peserta kursus seperti cicak, ayam dll.
Kursus adalah kursus tahunan kepada setiap pensyarah yang berminat menambahkan ilmu dan kemahiran berbahasa.
Kata Saidina Umar r.a : "Pelajarilah Bahasa Arab kerana ia sebahagian daripada tuntutan agama".
No comments:
Post a Comment